MICROSOFT OFFICE, GOOGLE FORM, CANVA DLL SERTA SELOK BELOK INTERNET
| Nama | : Mohd Hafizul Bin A Samdi |
| Umur | : 20 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
En. Hafizul adalah merupakan anak jati peneroka Felda Serting Hilir 4. Beliau menamatkan persekolahan beliau di SMK Serting Hilir Kompleks pada 2021 dengan keputusan yang baik. Selama beliau berada di alam persekolahan, beliau sering hadir ke PEDi untuk membuat kerja sekolah dan mencari maklumat. Setelah tamat SPM, beliau aktif menyertai program dan latihan yang dijalankan oleh PEDi Felda Serting Hilir 1.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau lebih cenderung untuk melakukan kerja sekolah dan pencarian maklumat secara tradisional yang menyebabkan banyak kerja sekolah tertangguh dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Maklumat yang diperoleh juga terhad. Beliau juga kurang mahir untuk menggunakan teknologi seperti komputer dan telefon pintar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas wujudnya PEDi Felda Serting Hilir 1, beliau menunjukkan minat yang mendalam tentang ICT. Banyak ilmu yang beliau pelajari di PEDi di manfaatkan dalam kehidupan hariannya terutamanya dalam bidang ICT dan peningkatan skill serta pengetahuan. Beliau juga telah mula melibatkan diri dalam program ICT anjuran PEDi. Antaranya adalah Kelas Asas Microsoft Office dan Kelas Teknik Membuat Resume Yang Berkesan.Kini, beliau telah mula bergiat aktif dalam kelas-kelas keusahawanan memandangkan beliau sudah memulakan pekerjaan sebagai barista di sebuah kafe.
_______________________________________________________________________________________