| TARIKH | 27 JULAI 2025 |
| MASA | 9:30 PAGI – 4:30 PETANG |
| TEMPAT | NADI FELDA SERTING HILIR 1 |
| PESERTA | 45 ORANG |
TUJUAN
Pelaksanaan program saringan kesihatan komuniti di bawah inisiatif NADI Kesejahteraan Kendiri yang dikenali sebagai REACH JOM SARING ini diadakan bertujuan untuk memupuk amalan pencegahan dan pengesanan awal penyakit dalam kalangan komuniti sekitar NADI.
AKTIVITI
Melalui inisiatif REACH, pasukan perubatan datang ke NADI untuk membuat saringan kesihatan asas seperti bacaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah, bacaan kolestrol, dan juga bacaan BMI secara percuma untuk ahli NADI. Terdapat juga khidmat nasihat kesihatan secara percuma oleh pegawai kesihatan yang hadir. Seramai 45 orang penduduk di sekitar NADI Felda Serting Hilir 1 telah datang membuat saringan dan mereka memberikan maklum balas yang sangat positif serta berharap agar program sebegini dilaksanakan dengan lebih kerap lagi.



