mcmc
Aktiviti Pi1M

Aktiviti Pusat Internet (PI)

 

Pada 31 Julai 2015 bersamaan 15 syawal 1436H, Pusat Internet telah menganjurkan Program i-Health Day disertakan dengan Majlis Hari Terbuka Aidilfitri bersama komuniti setempat. Hari Program tersebut telah diadakan di pekarangan Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 bermula jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang bagi Program i-Health dan Majlis Hari Terbuka Aidilfitri bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.Semua tetamu yang dijemput turut hadir bagi menjayakan program tersebut dengan merianya.

Program i-Health Day ini bertujuan bagi mempromosikan aplikasi My-Health kepada komuniti setempat dan meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti. Petugas memberikan taklimat dan pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan aplikasi My-Health pada hari berlangsung.

Disamping itu juga agensi jabatan kesihatan serting hilir turut serta dalam program ini dengan memberikan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan BMI, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan Diabetis. Pengunjung yang menjadi ahli turut diberikan penggunaan melayari internet secara percuma pada hari tersebut. Pendaftaran ahli RM5 untuk seumur hidup dan pengunaan komputer serta melayari internet diberikan percuma sejam/sehari selama 90hari untuk ahli.

Pengunjung yang hadir turut dihidangkan  dengan dendangan lagu raya dan menjamu hidangan yang telah disediakan seperti ketupat, roti jala, lemang, rendang, kari ayam, soto, sambal ikan bilis & sambal kacang, sup ayam dan kuih muih.

Program ini memberikan manfaat kepada Pusat Internet dan komuniti setempat disamping mengeratkan lagi hubungan petugas dan komuniti.

Laporan disediakan pada 01 Ogos 2015