BERITA SETEMPAT 2017
PROGRAM SALAM RAMADHAN
SERTING HILIR KOMPLEKS , 31 Mei – Program Salam Ramadhan bersama pengurusan Felda telah diadakan di Masjid Felda Sertig Hilir Kompleks . Program ini telah dianjurkan bersama gabungan JKKR &GPW Felda Wilayah Raja Alias
KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA PIALA PENGURUS FELDA RAJA ALIAS
SERTING HILIR KOMPLEKS , 7 April – Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pengurus Besar Felda Raja Alias 2017 telah diadakan di Akademi Tinju Tan Sri Isa Felda Serting Hilir kompleks. Pihak Penganjur juga menyediakan pasukan kecemasan semasa kejohanan di adakan . Penyertaan dan pendaftaran adalah percuma dan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik kepada warga Felda setempat.




MAJLIS MALAM CINTA RASUL – JEMPOL BERSELAWAT
SERTING HILIR KOMPLEKS , 8 April – Majlis Malam Cinta Rasul , Jempol Berselawat telah diadakan di Felda Serting Hilir kompleks , bertempat di Akademik Tinju Tan Sri Isa Felda Serting Hilir Kompleks . Berselawat, zikir dan qasidah Nabi ini telah dihadiri oleh tokoh agama yang dikenali oleh masyarakat iaitu Al-Habib . Dengan Berselawat, berzikir dan qasidah memupuk umat islam mengingati Allah SWT dan Rasullulah SAW serta merasa cinta dan kasih kepada Rasul dan memohon doa dalam suasana yang penuh keberkatan.


BERITA SETEMPAT 2016
JEMPOL Palong 9 , Rabu – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Yayasan FELDA mengumumkan kolaborasi bersama Astro Malaysia Hldings Bhd (Astro) akan mengadakan program jelajah ‘Gempak Keluarga FELDA’. Program berbentuk karnival ini akan diadakan di padang awam Felda Palong 9 pada tarikh 16 Sept 2015 ( Rabu) bermula jam 10.0pagi sehingga 10.00 malam.
Pelbagai aktiviti berkonsepkan kekeluargaan akan disediakan . Sehubungan dengan itu warga Felda yang berhampiran tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai dan menjayakan program ini yang berkonsepkan Salam Muslim ( santai Rohani ) ‘Gempak Keluarga FELDA’ menampilkan sedikit kelainan apabila menjadikan program-program berbentuk islamiah dan kerohanian sebagai asas utama program jelajah ini.

