CELIK IT – Nur Hidayah Binti Mustaffa
MICROSOFT OFFICE, PHOTOSHOP, POWTOON DL
| Nama | : Nur Hidayah Binti Mustaffa |
| Umur | : 29 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Cik Hidayah menetap di Felda Serting Hilir dan merupakan anak peneroka Felda. Beliau pernah terlibat dengan kelas-kelas ICT pusat internet. Beliau merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Serting Hilir Kompleks. Merupakan salah seorang ahli tegar yang sering datang untuk memeriahkan aktiviti PI dan sekarang bekerja sebagai Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum kenalnya dengan ICT, Cik Hidayah pada masa itu masih di sekolah menengah. Mula kenal ICT bila ada kelas – kelas ICT di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas wujudnya Pusat Internet Felda Serting Hilir, beliau menunjukkan minat yang mendalam tentang ICT. Banyak ilmu yang beliau pelajari di PI di manfaatkan dalam kehidupan harianya. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja menjadi Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks dan sering mengadakan kelas tambahan di Pusat Internet bersama pelajarnya.
_______________________________________________________________________________________