SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi).
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
| OBJEKTIF PENUBUHAN |
- Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
- Memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
- Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
- Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
| PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN |
PEDi Felda Serting Hilir 1 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah:
- Pengenalan asas komputer
-
- Asas internet
-
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
-
- Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
-
- Latihan keusahawanan
| JUMLAH KEAHLIAN |
PEDi Felda Serting Hilir 1 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2012. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Felda Serting Hilir 1 bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
|
AHLI LAMA |
709 |
|
AHLI BARU PADA JANUARI 2024 |
5 |
|
KESELURUHAN PADA JANUARI 2024 |
714 |
| KENALI PETUGAS PUSAT INTERNET (PI) |
Untuk menjadi petugas pusat internet, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas pusat internet. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
| GAMBAR |
| GAMBAR |