mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM MCMC MICROSOFT AI TEACH

TARIKH25 – 26 JANUARI 2025
MASA9:00 PAGI – 5:00 PETANG
TEMPATNADI FELDA SERTING HILIR 1
PESERTA4 ORANG

TUJUAN

  • MCMC Microsoft AI TEACH Malaysia adalah kerjasama antara MCMC dan Microsoft, dengan Biji-Biji Initiative dan Mereka sebagai rakan pelaksana. Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan literasi AI kepada komuniti tempatan di sekitar Pusat Internet, NADI Seluruh Negara di Malaysia.

AKTIVITI

  • Program yang diadakan selama 2 hari ini mendedahkan para peserta kepada penggunaan ChatGPT dan Co-pilot. Para peserta dikehendaki untuk membuat beberapa tugasan bersama-sama dengan pelatih semasa program. Antara topik pembelajaran dan tugasan semasa program adalah penjanaan imej menggunakan Co-Pilot, cara memberikan prompt kepada ChatGPT dan Co-Pilot agar output yang diterima lebih tepat, dan juga cara membuat resume dengan bantuan ChatGPT.