AKTIVITI OGOS 2015
Pada 21,24,25,27 & 28 hb OGOS 2015, Pusat Internet Felda Serting Hilir telah mengadakan Program Bulanan Microsoft Word 2010. Ia bermula pada 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bagi mengisi aktiviti kepada komuniti.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempelajari serta pendedahan penggunaan microsoft word 2010 ini kepada masyarakat setempat. Ia juga bertujuan memupuk minat dalam penggunaan Microsoft Word ini serta penglibatan dalam lain-lain aktiviti Pusat Internet .
Pembelajaran dan penguasaan Microsoft Word ini akan di pelajari dalam tempoh yang ditetapkan kepada peserta. Para peserta yang melibatkan dengan aktiviti Pusat Internet ini akan diberikan sijil penyertaan.
Selain itu juga, Program Bersama Tabika KEMAS turut diadakan setiap bulan bagi memberikan pendedahan IT diperingkat awal usia mereka. Aktiviti bersama anak-anak tabika KEMAS ini telah di adakan pada 13 Ogos 2015 seramai 24 orang. Disamping itu juga anak-anak tabika ini dapat membiasakan diri dengan penggunaan perisian seperti word, paint, dan lain-lain lagi.

Pada 24 Ogos 2015 , Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 turut menjalankan Program Latihan Keusahawanan kepada individu mahupun berkumpulan bagi memberikan pendedahan ilmu pengetahuan dan memberikan tambahan pendapatan individu/berkumpulan . Beliau bernama Mohd Adhlan Bin Abu Talib turut melibatkan diri dalam program ini . Tambahan beliau menonton youtube juga bagi mencari idea untuk direalisasikan sedikit sebanyak memberikan semangat buat beliau seperti menonton cross stitch, cara keratan bunga telur dan lain-lain lagi.
Di samping itu mereka juga turut didedahkan dengan Program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Serting Hilir 1 . Isu-isu keselamatan turut menjadi keutamaan agar mereka mengunakan kemudahan IT ini kearah sumber yang baik .
Laporan disediakan pada 30 ogos 2015