AKTIVITI OKTOBER 2015

Pada 2 Oktober 2015, kanak-kanak tabika KEMAS diberikan latihan kemahiran menaip dan membiasakan diri bagi penggunaan keyboard dan mouse . Mereka juga diberikan permainan menaip terpantas bagi memberikan keseronokan belajar sambil bermain kepada mereka.

Pada 25 Oktober 2015 , Pi1M telah mengadakan Program Digital Life dan pengenalan Internet google search kepada mereka. Ia memberikan pendedahan awal penggunaan ke arah yang baik dalam mencari sumber-sumber yang diperlukan kepada mereka.